Tuesday, November 12, 2013

RM350 semalam "Percutian ala Cottage 2 bilik" di Banting ,Selangor. - Beautiful English Decor at a Malay Kampong in Banting, Selangor (Only for Muslim and non mahram are not allowed. )

Semua tarikh hujung minggu sehingga akhir Disember 2013 telah habis di tempah. Alang-alang sudah cuti sekolah, ibu ayah ambil cuti, dan datang bawa keluarga bercuti untuk hari biasa masih ada kekosongan :).
(All weekends until end December 2013 are fully booked but wait!!! for weekdays we are still available :)


Terdapat 2 unit penginapan 2 bilik berkonsepkan suasana kedesaan Inggeris bertempat di Kampung Sungai Buaya Banting (45 minit dr K.Lumpur) melalui highway SKVE ke arah jambatan baru Pulau Carey.

Berdekatan dengan masjid dan surau (5 min), restoran (5-15 min) dan tempat membeli belah di pasaraya The Store, Econsave, Giant, Megah di Pekan Banting. Pusat Pengajian tinggi dan asrama penuh seperti Kolej Komuniti, Sek Men Sains Banting, Kolej Matrikulasi selangor, Institut Latihan Perindustrian dll. (5-15 min)

Homestay comel..sesuai untuk keluarga (maksimum 5-6 orang) yang dibina asalnya sebagai rumah percutian keluarga telah diilhamkan oleh Allah pula sebagai Homestay percutian bg semua yang berminat untuk menikmati percutian dan kedamaian suasana kampung.
 

KEMUDAHAN


1. Bilik master: Katil queen size. Almari dan meja solek. Kipas. Penghawa dingin. Sejadah. telekung. Seterika + papan menggosok. Al Quran.

Bilik kedua: Katil double decker + pull out + 1 tilam tambahan.Kipas. Almari.Sejadah.

Ruang tamu: TV. Sofa. Set kerusi rotan + cleopatra. Kipas. 2 chandeliar. Meja kopi. Junk food.

Dapur: Kipas. Dapur masak. Rice cooker. Steamer. Soup boiler. Peti sejuk. Water heater. Mesin basuh. Pinggan mangkuk dan peralatan memasak. Meja makan.

Bilik air: Pemanas air.

termasuk juga 3 buah basikal untuk bersantai menikmati keindahan dan suasana kampung yg permai.

PRIVATE SWIMMING POOL di dalam kawasan yang tertutup (above ground type) untuk muslimah khususnya yang amat menitik beratkan penjagaan aurat dan juga keluarga yang ingin bermandi-manda dalam suasana santai dan privasi.



 2. Berdekatan dengan lokasi2 menarik seperti:
~PANTAI MORIB (10-20 min): rehlah keluarga/ mandi-manda

BUKIT JUGRA:
Boleh menikmati udara segar dan nyaman serta mendaki puncak Bukit Jugra dengan menaiki kereta (10-15 min). Bagi yang meminati aktiviti lasak paragliding juga ada di sini.

JETI NELAYAN KELANANG (10-15 min):
Pemandangan dan suasana kehidupan di perkampungan nelayan

PULAU CAREY: (10-15 min)
Boleh melakukan aktiviti memancing dan mendapatkan ikan2 segar utk dimasak di sepanjang perjalanan menuju ke Cottage Homestay. Melalui jambatan baru, dpt menikmati suasana yang nyaman di sepanjang merentasi jambatan yang menyambungkan antara Pulau Carey ke kampung Sungai Buaya dan kampung2 berdekatan
~Melawat penempatan suku kaum asli Mah Meri. Melihat kerja2 pengukiran patung yang menjadi sumber pekerjaan mereka.

MELAWAT TEMPAT2 BERSEJARAH:

~MAKAM DIRAJA SULTAN ABD SAMAD (5-15 min))
~MASJID ALAUDIN KG BANDAR (Menjadi tapak dan penempatan pelajar2 Tahfiz MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI ISTANA BANDAR(MITIB)) (5-10 min)

MELAWAT DAN MEMBELI KEREPEK
~Dikilang kerepek kampung Sungai Lang dan banyak lagi aktiviti menarik di sini.

MENIKMATI CENDOL BANTING
~Rasa nikmat cendol Banting yang tiada tandingan...di Pekan Banting

Moga keberkatan dan rahmat daripada Allah untuk misi  Homestay ini. Doa yang berpanjangan kami harapkan drp semua. Ameen Ameen Ya Robb...


General Information
MUSLIM ONLY








No comments:

Post a Comment