Friday, November 15, 2013

Kecintaan pada suasana Kampong melalui Kampong Sungai Hj Dorani, Sabak Bernam, Selangor.

PENGALAMAN SENDIRI 

Saya amat menghargai kehidupan zaman kecil saya, tinggal dalam suasana kampung. Menjalani kehidupan dengan bersawah, bermain selut dan mencari buah-buahan hutan. Mengikut ibu dan kakak mencari pokok kayu yang menjadi bahan membakar untuk memasak, mencari pucuk kayu untuk dimakan. Semua itu di lalui dengan penuh kedamaian dalam serba kekurangan. Di beri peluang dapat bermain segala permainan kampung bersama teman-teman sekampung.Ini lah keadaan rumah saya bersama 13 adik beradik pada satu ketika dahulu. Seingat saya sehingga saya berumur 10 tahun saya kami berpindah....
Saya sangat-sangat menghargai kehidupan saya dahulu. Alhamdulillah.

Saya juga ingin generasi terkini merasa suasana kehidupan kampung, bukan untuk mundur tetapi mencari pengalaman serta mengajak anak-anak pelajar serta mereka yang berkeluarga dimana kehidupan mereka memang terdedah dengan pembangunan terkini sejak lahir....JOM KITA! ke Sungai Besar, Sabak Bernam dengan menikmati keindahan serta melawat tempat-tempat yang menarik di sana. Bermalam di rumah tradisional kampung yang cantik dan kaya dengan seni ukiran nya.



LOKASI KAMPONG SUNGAI HAJI DORANI

Terletak dalam Mukim Panchang Bedena daerah Sabak Bernam, paling utara di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Majoriti penduduk Kampong Sungai Haji Dorani adalah bangsa Melayu dari suku kaum Jawa , Banjar, Melayu dan Kampar serta bangsa Tionghua dan India.
Pekerjaan penduduk majoriti bergantung kepada pertanian sawah padi, berkebun ( kelapa / kelapa sawit , sayur-sayuran dan tanaman mempelam/ mangga ), nelayan pantai , berniaga dan bekerja sebagai kaki tangan kerajaan / swasta.





 Pihak Homestay menyediakan penginapan rumah untuk pelawat berkumpulan sebanyak 11 buah rumah kampung , di lokasi Kampong Sungai Haji Dorani. Rumah-rumah tersebut berdekatan antara satu sama lain terletak di kawasan kebun kelapa dan sawah padi. Hampir semua rumah tersebut terletak di tepi jalan besar Kuala Selangor - Sabak Bernam.





KEBUDAYAAN TRADISIONAL PENDUDUK:


Di Kampong Sungai Haji Dorani kebudayaan tradisional penduduk ialah permainan kompang, silat, marhaban / cukur rambut bayi, bacaan Yasin dan tahlil serta pengajian agama / ceramah





 AKTIVITI PAKEJ HOMESTAY JKKK

Aktiviti melalui HOMESTAY JKKK ialah:
- Memancing belut dan ikan di sawah , kolam ikan , sungai dan laut dalam.
- Mengancau ikan di parit sawah.
- Mencari kerang dan remis di pantai ( Tertakluk kepada pasang / surut laut )
- Bermain layang-layang ( Tertakluk kepada musim lepas memotong padi ) .
- Menaiki sampan dan rakit.
- Membeli belah hasil kilang IKS ( Jom shoping) dan Pasar Petang Sungai Haji Dorani.
- Jejak usahawan - Belajar membuat mee basah atau sos cili.
- Lawatan kilang IKS kuih bahulu, rempeyek, kuih bangkit, kerepek, tapai dan nata de coco.
- Lawatan am dan tempat sejarah ( Lihat senarai tempat lawatan disenaraikan di bawah )
 BIDANG UNTUK KAJIAN DAN AKTIVITI AM:
- Adat resam dan kebudayaan suku kaum Jawa.
- Adat resam dan kebudayaan suku kaum Banjar.
- Adat resam dan kebudayaan suku kaum Kampar.
- Perusahaan IKS ( Bahulu, kerepek, nata de coco dan kuih tradisional lainnya )
- Lokasi untuk penggambaran drama / filem (*) ( Kawasan sawah padi, pasar petang , perusahaan IKS , pantai / nelayan dan rumah kampung.

Tak  kenal maka tak cinta..... Alhamdulillah.




No comments:

Post a Comment