Friday, November 15, 2013

Kecintaan pada suasana Kampong melalui Kampong Sungai Hj Dorani, Sabak Bernam, Selangor.

PENGALAMAN SENDIRI 

Saya amat menghargai kehidupan zaman kecil saya, tinggal dalam suasana kampung. Menjalani kehidupan dengan bersawah, bermain selut dan mencari buah-buahan hutan. Mengikut ibu dan kakak mencari pokok kayu yang menjadi bahan membakar untuk memasak, mencari pucuk kayu untuk dimakan. Semua itu di lalui dengan penuh kedamaian dalam serba kekurangan. Di beri peluang dapat bermain segala permainan kampung bersama teman-teman sekampung.Ini lah keadaan rumah saya bersama 13 adik beradik pada satu ketika dahulu. Seingat saya sehingga saya berumur 10 tahun saya kami berpindah....
Saya sangat-sangat menghargai kehidupan saya dahulu. Alhamdulillah.

Saya juga ingin generasi terkini merasa suasana kehidupan kampung, bukan untuk mundur tetapi mencari pengalaman serta mengajak anak-anak pelajar serta mereka yang berkeluarga dimana kehidupan mereka memang terdedah dengan pembangunan terkini sejak lahir....JOM KITA! ke Sungai Besar, Sabak Bernam dengan menikmati keindahan serta melawat tempat-tempat yang menarik di sana. Bermalam di rumah tradisional kampung yang cantik dan kaya dengan seni ukiran nya.



LOKASI KAMPONG SUNGAI HAJI DORANI

Terletak dalam Mukim Panchang Bedena daerah Sabak Bernam, paling utara di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Majoriti penduduk Kampong Sungai Haji Dorani adalah bangsa Melayu dari suku kaum Jawa , Banjar, Melayu dan Kampar serta bangsa Tionghua dan India.
Pekerjaan penduduk majoriti bergantung kepada pertanian sawah padi, berkebun ( kelapa / kelapa sawit , sayur-sayuran dan tanaman mempelam/ mangga ), nelayan pantai , berniaga dan bekerja sebagai kaki tangan kerajaan / swasta.





 Pihak Homestay menyediakan penginapan rumah untuk pelawat berkumpulan sebanyak 11 buah rumah kampung , di lokasi Kampong Sungai Haji Dorani. Rumah-rumah tersebut berdekatan antara satu sama lain terletak di kawasan kebun kelapa dan sawah padi. Hampir semua rumah tersebut terletak di tepi jalan besar Kuala Selangor - Sabak Bernam.





KEBUDAYAAN TRADISIONAL PENDUDUK:


Di Kampong Sungai Haji Dorani kebudayaan tradisional penduduk ialah permainan kompang, silat, marhaban / cukur rambut bayi, bacaan Yasin dan tahlil serta pengajian agama / ceramah





 AKTIVITI PAKEJ HOMESTAY JKKK

Aktiviti melalui HOMESTAY JKKK ialah:
- Memancing belut dan ikan di sawah , kolam ikan , sungai dan laut dalam.
- Mengancau ikan di parit sawah.
- Mencari kerang dan remis di pantai ( Tertakluk kepada pasang / surut laut )
- Bermain layang-layang ( Tertakluk kepada musim lepas memotong padi ) .
- Menaiki sampan dan rakit.
- Membeli belah hasil kilang IKS ( Jom shoping) dan Pasar Petang Sungai Haji Dorani.
- Jejak usahawan - Belajar membuat mee basah atau sos cili.
- Lawatan kilang IKS kuih bahulu, rempeyek, kuih bangkit, kerepek, tapai dan nata de coco.
- Lawatan am dan tempat sejarah ( Lihat senarai tempat lawatan disenaraikan di bawah )
 BIDANG UNTUK KAJIAN DAN AKTIVITI AM:
- Adat resam dan kebudayaan suku kaum Jawa.
- Adat resam dan kebudayaan suku kaum Banjar.
- Adat resam dan kebudayaan suku kaum Kampar.
- Perusahaan IKS ( Bahulu, kerepek, nata de coco dan kuih tradisional lainnya )
- Lokasi untuk penggambaran drama / filem (*) ( Kawasan sawah padi, pasar petang , perusahaan IKS , pantai / nelayan dan rumah kampung.

Tak  kenal maka tak cinta..... Alhamdulillah.




Tuesday, November 12, 2013

RM350 semalam "Percutian ala Cottage 2 bilik" di Banting ,Selangor. - Beautiful English Decor at a Malay Kampong in Banting, Selangor (Only for Muslim and non mahram are not allowed. )

Semua tarikh hujung minggu sehingga akhir Disember 2013 telah habis di tempah. Alang-alang sudah cuti sekolah, ibu ayah ambil cuti, dan datang bawa keluarga bercuti untuk hari biasa masih ada kekosongan :).
(All weekends until end December 2013 are fully booked but wait!!! for weekdays we are still available :)


Terdapat 2 unit penginapan 2 bilik berkonsepkan suasana kedesaan Inggeris bertempat di Kampung Sungai Buaya Banting (45 minit dr K.Lumpur) melalui highway SKVE ke arah jambatan baru Pulau Carey.

Berdekatan dengan masjid dan surau (5 min), restoran (5-15 min) dan tempat membeli belah di pasaraya The Store, Econsave, Giant, Megah di Pekan Banting. Pusat Pengajian tinggi dan asrama penuh seperti Kolej Komuniti, Sek Men Sains Banting, Kolej Matrikulasi selangor, Institut Latihan Perindustrian dll. (5-15 min)

Homestay comel..sesuai untuk keluarga (maksimum 5-6 orang) yang dibina asalnya sebagai rumah percutian keluarga telah diilhamkan oleh Allah pula sebagai Homestay percutian bg semua yang berminat untuk menikmati percutian dan kedamaian suasana kampung.
 

KEMUDAHAN


1. Bilik master: Katil queen size. Almari dan meja solek. Kipas. Penghawa dingin. Sejadah. telekung. Seterika + papan menggosok. Al Quran.

Bilik kedua: Katil double decker + pull out + 1 tilam tambahan.Kipas. Almari.Sejadah.

Ruang tamu: TV. Sofa. Set kerusi rotan + cleopatra. Kipas. 2 chandeliar. Meja kopi. Junk food.

Dapur: Kipas. Dapur masak. Rice cooker. Steamer. Soup boiler. Peti sejuk. Water heater. Mesin basuh. Pinggan mangkuk dan peralatan memasak. Meja makan.

Bilik air: Pemanas air.

termasuk juga 3 buah basikal untuk bersantai menikmati keindahan dan suasana kampung yg permai.

PRIVATE SWIMMING POOL di dalam kawasan yang tertutup (above ground type) untuk muslimah khususnya yang amat menitik beratkan penjagaan aurat dan juga keluarga yang ingin bermandi-manda dalam suasana santai dan privasi.



 2. Berdekatan dengan lokasi2 menarik seperti:
~PANTAI MORIB (10-20 min): rehlah keluarga/ mandi-manda

BUKIT JUGRA:
Boleh menikmati udara segar dan nyaman serta mendaki puncak Bukit Jugra dengan menaiki kereta (10-15 min). Bagi yang meminati aktiviti lasak paragliding juga ada di sini.

JETI NELAYAN KELANANG (10-15 min):
Pemandangan dan suasana kehidupan di perkampungan nelayan

PULAU CAREY: (10-15 min)
Boleh melakukan aktiviti memancing dan mendapatkan ikan2 segar utk dimasak di sepanjang perjalanan menuju ke Cottage Homestay. Melalui jambatan baru, dpt menikmati suasana yang nyaman di sepanjang merentasi jambatan yang menyambungkan antara Pulau Carey ke kampung Sungai Buaya dan kampung2 berdekatan
~Melawat penempatan suku kaum asli Mah Meri. Melihat kerja2 pengukiran patung yang menjadi sumber pekerjaan mereka.

MELAWAT TEMPAT2 BERSEJARAH:

~MAKAM DIRAJA SULTAN ABD SAMAD (5-15 min))
~MASJID ALAUDIN KG BANDAR (Menjadi tapak dan penempatan pelajar2 Tahfiz MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI ISTANA BANDAR(MITIB)) (5-10 min)

MELAWAT DAN MEMBELI KEREPEK
~Dikilang kerepek kampung Sungai Lang dan banyak lagi aktiviti menarik di sini.

MENIKMATI CENDOL BANTING
~Rasa nikmat cendol Banting yang tiada tandingan...di Pekan Banting

Moga keberkatan dan rahmat daripada Allah untuk misi  Homestay ini. Doa yang berpanjangan kami harapkan drp semua. Ameen Ameen Ya Robb...


General Information
MUSLIM ONLY








Condo Sri Alam (2 rooms), Club Golf SAAS, Section 13, Shah Alam.















https://www.facebook.com/media/set/?set=a.634401293266027.1073741838.628970580475765&type=3

Thursday, November 7, 2013

How serious are you....

I always say that "95% of your tenant problems can be eliminated in the screening process." If you're like me, you probably find it difficult to relax when you have vacancies. So getting it rented is the main idea, right? Well, from now on, lets say "getting it rented to a properly qualified tenant is the main idea." - (article on Serious Tenant)
So Ana's Homestay Services only cater for serious tenant who really need a place to rent :)

Dear Valued Tenant,

  1. Once we have confirmed your requested date, kindly bank in the deposit (not refundable in case you decline your own booking, 2 days before the actual check in).
  2.  MMS or email at bnrglobal@gmail.com your bank in slip as a proff-of-payment.
  3. Upon confirming your request date we only give until 12noon the next day to make payment or automatically we will make cancellation and open the said date to our new tenant. Or sms us to say "we decline the request" 
Thank you for your understanding.... "HAVE A GREAT DAY" keep smiling.



Selalunya 95% masaalah penyewa boleh di kenal pasti ketika dalam proses tempahan. Sebagai tuan rumah kita akan berasa risau jika rumah yang hendak di sewa kosong :), maka untuk mendapat penyewa yang betul adalah misi yang paling utama, BETUL. Maka dari sekarang kami kata kan"MENDAPAT  PENYEWA YANG BENAR-BENAR SERIUS ADALAH MISI YANG PALING UTAMA" - (sumber Mencari Penyewa Serious).... :)


Penyewa yang di hormati,
  1. Setelah mendapat tarikh yang di hajatkan, sila buat bayaran pendahuluan (yang mana wang pendahuluan tidak akan di kembalikan jika notis lewat kurang dari 2 hari dari tempuh menginap).
  2. Setelah bersetuju dengan tarikh yang di hajat, sekiranya kami tidak menerima sebarang bayaran selewat-lewat 12 tengahari keesokkan harinya, kami akan batalkan tempahan anda untuk laluan penyewa baru. Amat lah kami hargai, jika sebelum bayaran di buat dan anda menukar fikiran untuk tidak memilih homestay kami, sila hantar pesanan mesej "TIDAK BERMINAT".
  3. Hantar bukti resit bank in. dengan Mms atau email ke bnrglobal@gmail.com
Terima kasih kerana memahami situasi kami. SALAM CERIA :)

Sunday, November 3, 2013

Bagaimana hendak ke sini "How To Get Here"

 Bagaimana Hendak Ke Sini

Bandaraya yang terdekat adalah Kuala Lumpur dan Lapangan terbang yang terdekat adalah KLIA dan Lapangan Terbang Subang yang mana terdapat pengangkutan yang boleh bawa anda ke Shah Alam. Hubungi kami di talian 0193618983 untuk maklumat lanjut.

How to get here (Shah Alam, Selangor, Malaysia.)

Please contact us to arrange for your stay with the homestay.

The nearest city is Kuala Lumpur. There is always a way to come here by flight. If you are from the overseas, once you reach the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) there is a daily transportation that can bring you to Shah Alam, Selangor. Please contact us where-about are you in Malaysia so that we can make the necessary arrangement or guide you. Attachment photos are our homestay located Prima Condo UI, Section 13, Shah Alam, Selangor. Malaysia.



SELAMAT DATANG KE SHAH ALAM DAN MALAYSIA.

"Ana's Homestay Services"


Perkhidmatan Homestay Ana tertumpu pada perkhidmatan mencari tempat penginapan bagi pelancung, orang perseorangan dan famili yang datang ke Shah Alam, Selangor, Malaysia untuk bercuti. Kami juga berhasrat meluaskan jaringan perkhidmatan keadah Homestay ini di seluruh Malaysia bagi penginapan singkat atau lama, Jika anda seorang pelancung luar anda berpeluang mengenali budaya berbagai kaum di Malaysia dan berpeluang belajar serba sedikit bahasa-bahasa terutama Bahasa Melayu. Keamanan yang terserlah di Malaysia bakal membawa satu kenangan manis bagi anda. Sila hubungi Perkhidmatan Homestay Ana dengan menghubungi di talian talipon mudah alih di +60193618983 atau email terus bnrglobal@gmail.com untuk keterangan lanjut atau terus layari facebook https://www.facebook.com/Homestay.Service untuk keterangan lanjut.


 
Ana’s Homestay Services currently concentrate on homestay provider to any tenant who wish to stay  mainly in Shah Alam, Selangor, Malaysia for a short period of stay or a longer period. We also intend to cater the services as Homestay Provider through out Malaysia. Ana’s Homestay Services is an excellent way to learn about Malaysia’s multi – racial culture and at the same time practise your English/Bahasa Malaysia while living in a safe and comfortable environment! Find out more! Contact us at H/P: +60193618983 or email at bnrglobal@gmail.com or leave a post below!for further information.
Dining Hall

Living Room Condo 2
Washroom
Living Room Condo 1
We have two types of Condo, Condo 1 with 2 rooms and Condo 2 with 3 rooms.
The Master Bedroom